Monday, April 15, 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1445 H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
1445 H

Daripada :
Mr. Nik Fairuz Hakim Bin Nik Omar
Pengarah Pusat Homeopathy & Akupuntur
Timb. Presiden Persatuan Pengamal Homeopati Berdaftar Malaysia
YDP Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia

Tuesday, February 11, 2014

Cawangan Baru Pusat Homeopathy & Akupuntur Nik Fairuz Nik Omar Kini Dibuka Di Klang Sentral



Kini Pusat Homeopathy & Akupuntur membuka satu lagi cawangan, Kali Ini di Klang Sentral.
Kini Pelanggang kami yang berada disekitar daerah klang seperti Bukit Raja, Meru, Setia Alam, kapar, Puncak Alam, Jeram, Sungai Buluh, Klang Utama, Taman Chempaka, Mutiara Bukit Raja, Kapar Indah, Aman Perdana, Jalan Haji Abdul Manan, Bukit Kerayong, Kg Sungai Sembilan, Kg Dungun, Kg Sungai Janggut, Taman Muhibbah, Kg Sungai Serdang, Kg Tok Muda, Kg Batu Empat, Jln Haji Sirat, Klang Perdana, Kg Rantau Panjang, Taman Raja Udang, Port Klang Dan Kuala Selangor  bolehlah mengunjungi pusat kami di Klang sentral

Alamat Kami :

Pusat Homeopathy & Akupuntur
No 20, Jalan KS 2/KU5
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja, Meru
41050 Klang, Selangor
013 - 981 4166

Waktu Operasi
9 Pagi Hingga 7 Petang (Isnin - Sabtu)
9 Pagi Hingga 1 Tengahari (Ahad & Cuti Umum)

Thursday, August 22, 2013

Waktu Operasi Pusat Homeopathy & Akupuntur Di Panjangkan

Untuk Makluman Kepada Semua Pelanggang Kami:

Pusat Homeopathy & Akupuntur Shah Alam

Akan Memanjangkan Tempoh Operasi

Daripada 9 Pagi Hingga 10 Malam(Isnin - Sabtu)
9 Pagi Hingga 1 Tenghari(Ahad & Cuti Umum)

Bermula 1 September 2013

Monday, March 11, 2013

Keistimewaan Rawatan Akupuntur

Kenapa Akupunktur Di Katakan bagus

Banyak Keistimewaan Rawatan Akupunktur, antaranya:


Acupuncture Anaethesia - Menahan Kesakitan serta merta tanpa dadah


Merawat Urat Saraf
Memberi Kelegaan pada otot-otot
Membuang angin dalam badan
Mengimbangi tenaga dalam badan - balance 'qi'


WHO telah mengariskan penyakit-penyakit berikut sebagai yang terbaik dalam perubatan akupunktur:-


Pada Persidangan World Health Organization - WHO on Acupuncture, Moxibustion Anesthesia yang berlangsung di Beijing, China pada June 1979 yang dihadiri oleh 12 buah wakil negara-negara Timur dan Barat telah mengambil keputusan bahawa dalam kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akupunktur sedunia sebulat suara menerima keputusan bahawa akupunktur adalah baik untuk penyakit-penyakit :-


Bahagian ENT : Acute Sinusitis, Acute Rhinitis, Common Cold, Tonsilitis.
Bahagian Mata: Acute Conjunctivitis, Central Retinitis, Myopia, Cataract
Bahagian Mulut : Toothache, gingivitis, acute & chronic pharyngitis


Bahagian Pernafasan: Acute Bronchitis, Broncho Asthma [ Sangat efektif pada kanak-kanak]
Bahagian Abdomen: Spasm, Hiccough, Acute & chronic Gastritis, Gastric hyperacidity, chronic doudenal ulcer, Acute / Chronic Colic, Constipation, Diarrhoea


Bahagian Saraf: Trigeminal Neuralgia, Facial Paralysis [Bell Palsy], paralysis following stroke, bladder dyfunction, noctural Enuresis, Intercostal Neuralgia, cervical Syndrome, Frozen Shoulder / Tennis Syndrome, Scitica, Low Back Pain, Osteoarthritis.

Pengamal Akupuntur (Acupuncture) Akupunktur Wanita

Rawatan Akupuntur (Acupuncture) Akupunktur adalah teknik rawatan menggunakan jarum-jarum halus yang ditusuk kedalam tubuh badan manusia untuk merangsang sistem dalam tubuh manusia. Rawatan Akupuntur ini tidak menyakitkan, kerana ketebalan jarum yang digunakan adalah sangat halus iaitu sekitar 0.25mm sahaja. 

Pusat Rawatan Akupuntur Dr Nik Fairuz yang terletak di Shah Alam, Selangor yang sudah beroperasi semenjak 2009 hingga ke hari ini sudah mempunyai ramai pesakit daripada semua peringkat umur dan jantina khususnya wanita / perempuan. Dipusat rawatan ini mempunyai pengamal-pengamal yang bertauliah dan berdaftar dengan kementrian kesihatan malaysia. 



Dipusat ini mempunyai pengamal akupuntur wanita yang sedia untuk merawat golongan wanita yang memerlukan rawatan.

Rawatan Akupuntur


Tusukan cantik Dr Nik Fairus Hakim menunjukkan titik akupuntur pada seluruh tubuh dan wajah yang mendapat pengesahan WHO untuk salah satu teknik rawatan kecantikan wajah.
Inovasi akupuntur antara cara alternatif serlah seri wajah 

'BERKORBAN apa saja'. Demi cantik dan sihat, apa saja rawatan walaupun ia menyakit atau mengerikan sanggup dilalui. Harga mahal pun tidak dihirau asal saja ia memenuhi naluri hati. 
Apa yang penting perlu ada kekuatan minda, hilangkan trauma dan fobia. Akupuntur, umpamanya, terkenal sebagai kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit, namun ia juga mampu meningkatkan aura kejelitaan seseorang, meskipun tusukan jarum pada bahagian tertentu tubuh, agak menyakitkan dan ada kalanya darah halus mengalir keluar. 

Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. - Dr Nik Fairus Hakim, Pakar rawatan kaedah akupuntur

Malah, kemunculan pelbagai kaedah rawatan kecantikan menggunakan teknologi moden, sejak kebelakangan ini, sebenarnya tidak menggugat kepopularan akupuntur menjadi antara alternatif merawat kecantikan wajah dan tubuh individu.

Akupuntur atau ‘Acupuncture’ yang berasal dari bahasa Latin bermaksud tusukan benda tajam, iaitu gabungan dua perkataan iaitu Acu bermaksud benda tajam manakala puncture bererti tusukan. 

Apatah lagi kaedah rawatan itu pula menggunakan benda tajam seperti buluh, besi, tembaga, emas, kayu, jarum atau benda tajam lain yang ditusuk pada tubuh manusia, mungkin agak menyakitkan, namun ia tetap sesuai dan selamat digunakan.

Pakar rawatan kaedah akupuntur, Dr Nik Fairus Hakim Nik Omar, berkata akupuntur dirawat luaran yang membangkit dan menyerlahkan kecantikan dalaman seseorang. 
Kaedah ini dipercayai boleh merawat sistem dalam badan untuk menstabilkan Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi dalam tubuh seterusnya membetulkan sistem dan memberikan kecantikan dari dalam.

Katanya, untuk rawatan kecantikan wajah, akupuntur boleh membantu melewatkan proses penuaan, mengelak kedutan kulit dan mengatasi isi wajah jatuh. 

“Rawatan dijalankan dengan mengenal pasti titik akupuntur di sekitar wajah, iaitu tusukan jarum bersaiz kecil dicucuk pada bahagian tepi kelopak mata, kedua-dua tepi hidung, satu di tengah dagu, kedua-dua tepi bibir. Selain itu, satu dicucuk di bahagian dahi iaitu tengah-tengah antara kening dan dua di atas dahi supaya rawatan lebih seimbang secara keseluruhannya. 

“Rawatan ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah individu yang mempunyai berat badan disebabkan lemak berlebihan, perut buncit, merawat kulit badan berkedut, selulit dan sebagainya. 

“Rawatan pada tubuh badan atau bahagian tertentu dilakukan di paha, lengan, kaki, betis, perut termasuk bahagian muka. Benda tajam ditusuk pada bahagian badan sebagai fungsi kesihatan, ia juga boleh mencantikkan kulit,” katanya ketika ditemui di kliniknya, Pusat Rawatan Homeopathy & Akupuntur di Shah Alam, baru-baru ini. 

Teknik kecantikan hampir sama dengan rawatan kesihatan, cuma titik itu mungkin sedikit berbeza dari segi keperluannya. Rawatan akupuntur dilihat menggunakan jarum dengan kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan titik tertentu pada tubuh. 

Bagi rawatan itu, akupuntur mempunyai lebih kurang 360 titik, iaitu diletak dalam 14 kumpulan atau meridian. Kesemua titik berkenaan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2003 sebagai titik akupuntur.

Dr Nik Fairus Hakim berkata, pelbagai kaedah mengenal pasti titik, antaranya menggunakan cun atau ukuran dalam badan manusia yang mempunyai ukuran berbeza bergantung saiz badan, selain tulang dan bentuk tubuh manusia. 

“Ia juga dikenal pasti dengan menggunakan sejenis alat dipanggil cunometer atau pada zaman moden ini sudah diciptakan sejenis alat Acupuncture Detecter,” katanya yang boleh digunakan untuk merawat semua penyakit. 

Antara penyakit termasuk trigeminal neuralgia (sakit pada bahagian muka), bellpalsy, lumpuh, buah pinggang, gaut, angin ahmar, rheumatism, tinnitus, migrain, sakit saraf, lenguh pinggang dan sakit kepala. Selain itu gemuruh, berdebar, kesan daripada kecederaan, fibroid, kesuburan, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. 

Ditanya kebaikannya, Dr Nik Fairus Hakim berkata, akupuntur banyak kebaikan berbanding teknik pembedahan, pengambilan pil sampingan dan sebagainya kerana tidak perlu diambil berterusan serta tidak menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. 

“Akupuntur tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kerana tidak menggunakan sebarang bahan yang meragukan. Teknik ini juga halal dari sudut pandangan Islam dan kos rawatan sangat murah berbanding kaedah lain,” katanya. 


INFO: Sejarah akupuntur

  • Sudah diamalkan di seluruh dunia sejak 4,000 tahun lalu. 
  • Bukti perubatan akupuntur terawal boleh didapati di dalam buku Huang ti Nei Jing dan Sue wen, iaitu mencatatkan perbualan atau perbincangan yang hebat mengenai kaedah rawatan berkenaan. 
  • Di Malaysia, pada awalnya diamalkan masyarakat Cina yang dibawa saudagar China dan mengamalkannya, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 
  • Akupuntur kalangan orang Melayu, dipercayai dipopularkan oleh Prof Dr Nik Omar, sekitar tahun 1975, yang juga bapa kepada Dr Fairus Hakim. 
  • Dr Nik Omar, mula mempelajari kaedah akupuntur dan kemudian menyebarkan kebaikan rawatan berkenaan di kalangan masyarakat Melayu sehingga mula diterima hingga ke hari ini. 
  • Kini akupuntur sudah diterima pakai di Barat secara meluas. Di Amerika saja, lebih 18,000 pengamal akupuntur berdaftar. 

    Teknik akupuntur
  • Kaedah penyelitan jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi. 
  • Selain menyelitkan jarum akupuntur, doktor mungkin memilih menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba. 
  • Teknik penggunaan haba dikenali sebagai ‘moxibustion’ dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil ‘electrostimulation’. 
  • Jarum akupuntur digunakan mesti disterilkan dan jenis pakai buang
  • Bebas daripada sebarang penggunaan dadah. 
  • Perlu maklumkan kepada doktor, jika mengambil sebarang ubat atau mengandung sebelum rawatan dijalankan. 
  • Jika seseorang menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ia harus memaklumkan kepada doktor. Akupuntur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan lain untuk menambahkan keberkesanannya. Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan. 
  • Digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekali gus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘ chemotherapy ’

  • Rujukan : 

  • Saturday, December 15, 2012

    Tempahan Ubat Secara Online


    Dapatkan Ubat Anda Secara Online

    Tempahlah Sekarang

    Cara Tempahan:

    1. Pergi ke page bawah sekali
    2. Masukkan Maklumat Yang perlu
    1. Nama
    2. Email
    3. Alamat
    4. No telifon
    5. Di ruangan tempahan masukkan maklumat seperti berikut:-
    • Komplikasi
    • Tempoh komplikasi
    • Dan lain-lain jika perlu
    (Maklumat Anda Akan Dirahsiakan)

    3.Kemudian Klik Pada Butang Submit Form

    Wednesday, May 11, 2011

    Back Pain


    Rawatan Acupunpuncture sangat sesuai Untuk Lumbago, back pain,sciatica, Melegakan Kesakitan, lengoh-lengoh dan keletihan pada tubuh badan

    Malay Acupuncture



    Malay Acupuncture adalah rawatan yang dijalankan oleh orang melayu. Dimana pengamal akupunktur ini adalah orang melayu, Di dalam perawatan ini Menggunakan teknik yang sama dengan akupunktur biasa cuma diterapkan dengan kaedah islam. Pesakit akan menjalankan rawatan akupuntur sambil boleh malakukan zikir. Sambil menerima rawatan pesakit boleh berdoa untuk meminta daripada Allah S.A.W. supaya disembuhkan penyakit dengan ikhtiar yang dilakukan, dengan izin Allah Insyallah Boleh sembuh. Kami ahli pengamal Rawatan Malay Acupuncture Kesemuanya islam.

    Tuesday, May 10, 2011

    Keistimewaan Rawatan Acupuncture






    Merawat penyakit dengan aman, tidak menyakitkan dan mesra pelanggang(Human Friendly). Rawatan Akupunktur sepertimana yang diluluskan oleh WHO amat bagus untuk merawat:-

    Sebarang Kesakitan urat saraf migrain,stroke, Bell Palsy, Lumpuh, Kesan Kemalangan, Sakit Pianggang Atau Lumbago, Slip Disk, Sakit lutut dikalangan orang tua, gastrik, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan dll.

    Perubatan Acupuncture




    Akupunktur adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu pada badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan amat berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpe menggunakan sebarang dadah atau racun.